Home Berita PAS Kelantan

Tidak boleh guna akal ulas perundangan Islam

741
SHARE

KOTA BHARU: Sikap pemimpin tertentu kecoh terhadap pelaksanaan perundangan Islam dianggap mewarisi penentangan yang berlaku sejak zaman awal perkembangan Islam.

Bekas pensyarah Dato’ Dr Johari Mat berkata, sikap penentangan seperti itu bukan perkara pelik kerana ia berlaku ketika awal perkembangan Islam lagi.

Katanya mereka geger juga kerana tidak pernah mendengar mengenai hukuman dalam Islam sebelum ini.

“Sedangkan perundangan Islam sudah lama ada cuma kita yang tidak tahu,” katanya pada kuliah pagi Jumaat di Medan Ilmu, hari ini.

Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, hukuman sebat dijalankan Mahkamah Tinggi Syariah di Terengganu terhadap pesalah lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dalam Islam.

Baru-baru ini dua pasangan lesbian di Terengganu dijatuhi hukuman sebat berdasar Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir), di tempat terbuka di mahkamah.

Dr Johari yang juga Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru berkata, manusia tidak boleh menggunakan akal sendiri terhadap perundangan syariah. – HARAKAHDAILY 7/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8024-tidak-boleh-guna-akal-ulas-perundangan-islam