Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata, pihaknya sangat bersyukur dan merakamkan penghargaan di atas keputusan pihak berkuasa berkaitan perkara terbabit.
“Replika senjata peperangan Islam yang diarak ketika itu dan dirampas telah pun dikembalikan semalam, menandakan tiada asas untuk sebarang pertuduhan.
“Masih segar dalam ingatan, bagaimana perarakan penuh semangat kontinjen Pemuda PAS Kawasan Marang telah dijadikan bahan serangan oleh segelintir pihak yang kemaruk kuasa politik.
“Dengan fitnah yang disebar, laporan polis yang dibuat dan kenyataan media yang dikeluarkan semuanya bertujuan untuk menekan PAS serta menakutkan anak muda,” ujarnya dalam satu kenyataan rasminya, di sini, hari ini.

Tegasnya, hari ini terbukti bahawa usaha dilakukan pihak kemaruk kuasa bagi me burukkan PAS sia-sia dan hanya lah mimpi kosong.
“Kami konsisten menegaskan bahawa perarakan tersebut bukanlah meneruskan huru hara, sebaliknya ia merupakan simbol sejarah perjuangan umat Islam Terdahulu.
“Diangkat dengan penuh tertib dan semangat perjuangan,” katanya.
Jelasnya lagi, kemenagan terhadap isu tersebut menjadi tanpa ran mereka yang cuba memperalatkan undang-undang demi agenda politik se pit.
Dalam pada itu Ustaz Abdul Yusuf berkata DPPKM juga merakamkan penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menjalankan tugas dengan penuh professional, telus dan adil tanpa tunduk kepada sebarang tekanan politik.
“Kepada pihak-pihak yang dahulu begitu lantang menuduh dan memfitnah, kini diam seribu bahasa. Kami yakin, rakyat sudah bijak menilai.
“Pemuda Marang tidak gentar. Kami akan terus istiqamah dalam membawa mesej perjuangan Islam yang sejahtera dan membina negara dengan acuan kita sendiri.
“Di kesempatan ini, kami mengajak seluruh rakyat Terengganu terutama anak muda untuk hadir ke HIMPIT 2025 yang bakal berlangsung pada 30-31 Mei ini di Chukai, Kemaman,” ujarnya.