Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Tiada Siasatan Kes Rasuah Bukti PAS Pilihan Terbaik

359 views
SHARE

Tiada Siasatan Kes Rasuah Bukti PAS Pilihan Terbaik

Oleh : Nadzirah Razaq

PAS menawarkan Islam sebagai solusi semua permasalahan negara, demikian jelas Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Memetik kenyataan beliau melalui surat Presiden PAS Kepada Pengundi, beliau berkata Islam menggariskan dalam Al-Quran tentang sifat-sifat seorang pemimpin iaitu Al-Qawiy (kompetensi) dan Al-Amin (amanah).

Malangnya ujar beliau, negara berdepan dengan pemimpin rasuah.

“Perkara ini didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa 71 orang pemimpin Barisan Nasional (BN) disiasat oleh SPRM dan 21 orang daripada Pakatan Harapan (PH).

“Alhamdulillah PAS kosong, tiada seorang pun disiasat atas salah laku rasuah walaupun PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam keadaan disekat peruntukan oleh Kerajaan Pusat.

“PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor serta mengetuai Kerajaan Perak.

“Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS,” katanya.

Justeru ulasnya, itulah tawaran PAS kepada rakyat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti politik lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi awal pada 5 Mei 2018 dan hari mengundi pada 9 Mei 2018.
Oleh itu, beliau menyeru semua pengundi seluruh negara berusaha turun mengundi walaupun menghadapi pelbagai rintangan.