Home Berita PAS Terengganu

Tiada perbincangan lanjut dengan PAAB- Ahmad Samsuri

158
SHARE

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengeluarkan arahan kepada agensi kerajaan negeri agar tiada perbincangan lanjut dengan pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

“PAAB cuba ‘approach’ kerajaan negeri, tetapi saya sudah bagi arahan kepada semua supaya tidak berbincang apa-apa dengan PAAB.

“Keputusan telah kita buat sebelum ini bahawa kita tidak akan ‘migrate’ kepada PAAB, aset-aset kerajaan negeri masih lagi dengan kerajaan negeri, tidak ada apa yang hendak dibincangkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu bekalan air di Terengganu pada Majlis Sambutan Jubli Emas yayasan Terengganu di Perkarangan Yayasan Terengganu, hari ini.

Tambah Ahmad samsuri, beliau juga telah menyatakan mengenai perkara tersebut (tiada perbincangan lanjut) kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan keputusan tersebut adalah muktamad.

“Tapi kalau PAAB cuba hantar surat terpulang pada dia la…kita tidak boleh halang pihak lain untuk berunding dengan kerajaan negeri,” katanya.