“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Ahmad Fansuri
SUNGAI BESAR, 6 Oktober – Pengoperasian premis PASTI di seluruh Selangor telah diumumkan mula beroperasi pada 4 Oktober yang lalu. Bagi PASTI Kawasan Sungai Besar pula, ia akan mula beroperasi pada 11 Oktober depan.
Sebagai langkah persediaan dan persiapan untuk menjayakan pengoperasian semula PASTI secara bersemuka bermula tarikh yang ditetapkan, maka Jabatan Amal Malaysia Kawasan Sungai Besarnya telah melakukan sanitasi premis ke 6 buah PASTI yang berada di Sungai Besar.
Operasi sanitasi yang dianggotai dengan 3 kekuatan anggota telah berjaya menyelesaikan operasi sanitasi sebelum jam 12 tengah hari tadi sebagai langkah persediaan dan pencegahan Covid-19.
Sanitasi ini juga bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid dan warga PASTI akan terjaga dan pemantauan audit SOP perjalanan PASTI akan dipantau dari semasa ke semasa sepanjang operasi PASTI dijalankan.
Dengan pengumuman pengoperasian PASTI ini sedikit sebanyak memudahkan dan meringankan sedikit beban ibu bapa yang bekerja untuk memantau anak-anak mereka di rumah mahupun di mana sahaja.
Terus mengikuti SOP yang telah ditetapkan dan pastikan diri kita sentiasa patuh akan segala arahan yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM. Kelonggaran SOP yang diumumkan kini bukan suatu tiket untuk kita leka dan lalai dengan virus yang tidak dapat dilihat ini.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor