Home Rencana PAS Selangor

Tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan – Setiausaha BPPN Selangor

54
SHARE

May be an image of text

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Kita tidak punya banyak masa.

Tinggal kurang 3 minggu lagi penamaan calon. Nak ambil jalan mudah, kerat semua hubungan kita tanding sama sendiri kerana kononnya nak uji kekuatan.

MN dan PN berlaga sesama sendiri, menang sorak bumi bertuah punah tergadai.

Itukah penyelesaian terbaik?

Dalam Muktamar PAS ke 66 di Kota Bharu tahun lalu Tuan Guru Presiden PAS menyebut dalam ucapan dasarnya bertajuk “Islam Memperkukuh Perpaduan”:

“Rasulullah SAW menyatukan bangsanya yang buta huruf dan paling jahil. Bangsa Arab yang tinggal di padang pasir yang paling keras hati, sudah menjadi kebiasaan mereka berperang, saling bunuh membunuh sesama sendiri dan membunuh anak perempuan yang dianggap tidak boleh membantu untuk berperang.

Hanya Islam yang dapat melembutkan hati bangsa Arab yang lebih keras daripada batu dan menyatukan mereka yang porak-peranda dengan mukjuzat ilmu al Quran dan kebijaksanaan Sunnah Rasulullah SAW.

Baginda Nabi SAW memulakan misi dakwah dengan menyatupadukan penganut Islam dikalangan bangsa sendiri ….”

Hari ini cabaran yang sama terletak pada bahu PAS. Kehadapanlah para pimpinan dan para ulamak kita untuk berunding dan bawa perdamaian bersandarkan sumber yang sama yakni Quran dan Hadis yang telah bawa kejayaan kepada misi dakwah junjungan kita.

Hati yang keras hanya akan mengundang padah dan akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Kita bakal mengulangi nestapa PRU 14.

Umat Melayu Islam bukannya keras hatinya sebagaimana bangsa Arab dizaman Rasulullah SAW. Hati umat Meayu bukan batu, tetapi hakikatnya lembut dan pemaaf. Pimpinan kita jangan sekali-kali berputus asa, pujuk dan sedarkanlah semua kepimpinan bahawa yang kita perlukan adalah penyatuan, bangsa elakkan pertembungan sesama sendiri insyallah gagah dan perkasa maruah bangsa dan agama.

Melaka akan kembali megah sebagaimana dahulu kiranya bersatu umat Melayu Islam.

22 Oktober 2021 | 15 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor