Home Berita PAS Sabah

Tiada kemenangan tanpa tarbiah

129
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
18 Mei 2023

SANDAKAN: Ramadan adalah bulan yang mengajar kita sangat banyak perkara yang memberi keinsafan kepada kita kata Dr Aliakbar Gulasan.

Menurut Setiausaha PAS Sabah itu, datangnya Ramadan mengajar kita soal kesusahan, kemiskinan, kelaparan dan juga kehausan yang menjadi sumber tarbiah dalam kehidupan kita.

“Tanpa Ramadan tidak datangnya Aidilfitri, tanpa Ramadan tidak datangnya Syawal, tanpa tarbiah tiadanya kemenangan ketika Aidilfitri,” katanya ketika berucap merasmikan Sinar Kasih Aidilfitri di Dewan Batu Putih, Sandakan semalam.

Beliau turut menyampaikan pek barangan dapur kepada 63 orang asnaf sekitar Kampung Batu Putih, Sandakan.

Dr Aliakbar turut menzahirkan penghargaan tahniah buat jawatankuasa PAS Kawasan Libaran atas penganjuran program berkenaan yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai peringkat.

Turut bersama dalam program itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu, Yang Dipertua PAS Libaran, Abdul Wara Mohammad.

Pimpinan rakan politik lain juga turut hadir antaranya Ketua Bahagian PPBM Libaran, Yunus Nordin dan Ketua Pemuda PGRS Bahagian Sungai Sibuga, Henry Hamdan.