Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 10 September – MaarufCare menyatakan, bahawa mereka telah dihubungi dan disapa dengan soalan, “boleh ke bantu jiran saya yang telah hilang pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 2019 lagi, kedai beliau terpaksa diberhentikan operasi kerana mengalami kerugian”.
“Ini lah antara peranan yang perlu dilakukan oleh mereka yang prihatin akan keadaan persekitaran, dengan menyalurkan maklumat”.
MaarufCare dengan sokongan dan bantuan sumbangan daripada orang ramai telah melaksanakan tanggungjawab sosial ini, dengan sebolehnya. Sumbangan yang telah diserahkan, berupa barangan keperluan asas dapur termasuk barangan kering dan barangan basah seperti ayam, sayur, bawang, kentang, cili basah dan kering, bawang putih, serta telur.
Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor