Oleh : Ustaz Hanif J
Setiap manusia di atas muka bumi ini tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Sama ada kecil mahupun besar, sedar ataupun tidak sedar, sekali atau berkali-kali
Tiada yang sempurna. Semua orang pernah buat salah dan silap walaupun sekecil zahirah.
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
Maksudnya: Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.
Sebagai manusia kita perlu berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berusaha bersunguh-sungguh untuk Menjauhkan diri dari kesilapan dan dosa yang lama.
Insan yang baik bukanlah insan yang tak pernah buat salah dan tak pernah buat silap. Tapi insan yang baik adalah yang sedar akan kesilapan dia dan dia berusaha untuk berubah dan bangkit dari kesilapan yang lalu.
Maka Gunakan masa berbaki yang diberikan oleh Allah untuk melakukan kebaikan sebanyak yang mungkin, memberikan manfaat kepada seramai mungkin manusia dan terus menabur bakti pada Agama dan Negara.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor