Home Berita PAS Perlis

Teruskan Bekerja Menangkan Islam

945
SHARE

Oleh: Noor Sara Mashitoh

KANGAR: Perjuangan untuk mendaulatkan Islam ini adalah sangat berhajat kepada bantuan dan pertolongan Allah, oleh itu muslimat khasnya mestilah membiasakan diri supaya membanyakkan berdoa agar kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah melaksanakan amanah perjuangan ini.

Demikian ujar Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Salleh, semasa memberi peringatan pada Majlis Gelombang Akifi siri ke 8 yang telah diadakan pada 5 Oktober yang lalu, di Kompleks PAS Perlis.

Ustazah Nuridah Salleh turut mengambil maksud ayat dari Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang bermaksud “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

“Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”

Beliau juga memberi suntikan semangat kepada muslimat Perlis agar terus bekerja untuk memenangkan PAS di negeri Perlis walaupun negeri itu hanya mempunyai 3 Parlimen dan 15 DUN.

Kata beliau lagi, gerak kerja untuk memenangkan Islam ini adalah satu kewajipan dan bukanlah perkara yang remeh temah.

Ustazah menegaskan lagi, hal kepimpinan untuk menguruskan manusia ini adalah perkara yang besar bahkan Allah mencipta manusia untuk menjadi pemimpin seperti mana yang dinyatakan oleh Allah di dalam Surah Al Baqarah Ayat 30.

Beliau sebelum itu bersama-sama anggota rombongan daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia, turun menyantuni penduduk Kampung Tebing Tinggi yang dilanda banjir.

Rombongan turut disertai oleh Penolong Setiausaha 1, Puan Norhafiza Fadzil, Setiausaha Politik Ketua DMPM/Lajnah Hubungan NGO, Puan Kartini Ahmad dan Pengarah Briged Muslimat Saudari Nuri Muhammad.