Kuala Lumpur, 19 April : Ketika sesi Usrah Exco Ameerah Wilayah Persekutuan (WP) bersama Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Malaysia yang juga Ketua DMP WP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dengan tegas berpesan,
“Jangan buang masa layan cerita-cerita mengarut dalam Sosial Media terutama Facebook dan Whatsapp”,
“Ahli sepatutnya lebih-lebih lagi kena firm, jangan ahli pula yang terikut-ikut dengan tipu daya pihak lawan”.
Dalam sesi usrah tersebut, beliau juga mengingatkan agar semua ahli teruskan fokus bekerja untuk kemenangan PAS dalam PRU 14 ini.
Beliau turut menegaskan agar ahli sepatutnya menjadi ejen penerangan kepada PAS, iaitu dengan menunjukkan dan menyebarluaskan tawaran serta manifesto PAS dan Gagasan Sejahtera ingin bawa bagi membina Malaysia yang Sejahtera.