Home Artikel PAS Wilayah

Terus Menjadi Rakyat Prihatin Demi Malaysia

208
SHARE

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia ini disambut bagi memperingati penubuhan Malaysia melalui penggabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak 57 tahun yang lalu.

Tahun ini, makna Hari Malaysia haruslah lebih dihayati kerana kita semua masih berjuang untuk menyelamatkan negara dan masyarakat daripada wabak Covid-19.

Perjuangan ini merupakan manifestasi rasa cinta kita terhadap negara ini.

Marilah kita menjadi masyarakat Malaysia yang prihatin dan sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di samping terus berdoa agar Malaysia bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19 ini.

Semoga bumi Malaysia ini terus subur dengan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT agar keamanan dan kesejahteraan negara ini terpelihara sehingga ke akhirnya.

#MalaysiaPrihatin
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN