Home Artikel PAS Selangor

Terkini Pembaikan Sistem Paip – Exco Selangor

769 views
SHARE

Status Terkini Kerja-kerja pembaikan Paip Sistem Mampatan Udara ( Surge Vessel System) di Loji Rawatan Air SSP3, 6:00 Petang, Khamis 8 Mac 2018

1. Kerja-kerja pembaikan utama siap mengikut jadual dan didalam peringkat terakhir proses pemeriksaan.

2. Loji akan diuji dan beroperasi secara berperingkat.

3. Pemulihan bekalan akan berjalan mengikut jadual.

Pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dengan kerjasama PBT dan bantuan operator-operator air dari negeri2 lain beterusan menghantar bantuan melalui lori-lori tangki air kepada pengguna-pengguna di kawasan terjejas selain daripada 9 Pusat Khidmat Setempat yang beroperasi 24 jam sehari.

Sehingga kini 16 lokasi pili awam telah diaktifkan di beberapa lokasi untuk kegunaan pengguna.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mengambil segala langkah dan tindakan perlu bagi memberi bantuan dan mempercepatkan proses pemulihan.

YB Zaidy Abdul Talib
Exco Kerajaan Negeri Selangor