TERKESAN DENGAN KEHEBATANNYA SAHABAT-SAHABAT KAWASAN LAIN, KAMI CUBA JUGA MELANGKAH GAGAH.
FASTABIQUL KHAIRAT.
Terkesan dengan kehebatan kebajikan sahabat-sahabat di kawasan lain, kami juga mahu tamak pahala dengan Berlumba-lumba juga melaksanakan kebajikan.
Beginilah kami di 24 Kawasan, lawan ke, tak lawan ke, tanding ke tak tanding ke, semua sedang berlumba-lumba cuba mengejar pahala Allah InsyaAllah.
Semoga beban sahabat-sahabat terangkat dan moga ada jalan untuk kita mencari redha Allah InsyaAllah.
Program turun padang bersama JPKK, hantar bungkusan makanan keperluan dan ikan siakap kepada JPKK untuk diedarkan kepada asnaf yang memerlukan di kampung masing-masing serta ada yang kami hantar sendiri.
Ayuh sahabat-sahabat, tidak kira siapa, mari kita sama-sama bantu mereka.
Ambillah kisah Nabi Yahya dan Nabi Zakaria yang sentiasa berlumba-lumba dalam berbuat kebajikan dan kebaikan.
Firman Allah SWT :-
وَزَكَرِیَّاۤ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِی فَرۡدࣰا وَأَنتَ خَیۡرُ ٱلۡوَ ٰرِثِینَ فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُۥ وَوَهَبۡنَا لَهُۥ یَحۡیَىٰ وَأَصۡلَحۡنَا لَهُۥ زَوۡجَهُۥۤۚ إِنَّهُمۡ كَانُوا۟ یُسَـٰرِعُونَ فِی ٱلۡخَیۡرَ ٰتِ وَیَدۡعُونَنَا رَغَبࣰا وَرَهَبࣰاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَـٰشِعِینَ
Maksudnya :-
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Surah Al-Anbiya’ 89 – 90)