Home Berita PAS Perak

Terjemahkan politik Islam pada masyarakat

236
SHARE

Oleh: Danisya Ismail

TAMBUN: Penyakit ingin menjadi pemimpin dengan nafsu mengatasi akal dan ilmu hendaklah dijauhkan dari pemimpin politik di negara kita ini, demikian jelas Timbalan Ketua Muslimat PAS Tambun, Noor Carmila Nan.

Terangnya, dengan penyakit-penyakit tamak dan berusaha merebut jawatan secara rakus, tanpa berakhlak dan maruah diri itu akan mengakibatkan politik itu rosak sekaligus melahirkan ahli politik yang tidak berakhlak.

“Dalam hal ini, kita (boleh) tengok dalam parlimen baru-baru (ini). Bagaimanakah akhlak mereka (pembangkang) ketika bersidang?” ujarnya ketika menyampaikan taujihat di dalam program Munajat ‘Akifi online semalam.

Mengulas isu perpaduan ummah yang dilihat goyah ketika ini, Carmila berkata semua pihak perlu bersatu dalam usaha menyatupadukan semula penyatuan umat Islam di negara ini bagi mencapai sebuah negara yang berkat.

Terangnya, PAS yang dipimpin Tuan Guru Abdul Hadi Awang konsisten dalam usaha mengukuhkan perpaduan negara termasuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Marilah sama-sama (juga) kita membantu menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan oleh kerajaan ketika ini. Inilah tanggungjawab kita sebagai ahli PAS (bagi) menyahut seruan pimpinan kita.

“Segelintir masyarakat hari ini sudah tidak melihat kepentingan politik. Maka PAS perlu (lah) memainkan peranan ini dengan menterjemahkan keharmonian politik Islam kepada masyarakat,” ulasnya.

Dalam pada itu, Carmila turut berpesan agar seluruh umat Islam sentiasa bermunajat kepada Allah agar mana-mana usaha yang sedang dirancang musuh-musuh Islam tidak akan berhasil.