KUALA TERENGGANU – Terima kasih kepada seluruh pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Kemaman yang telah mengundi dan memberi sokongan padu sehingga memperolehi kemenangan amat bermakna.
Ketua Muslimat PAS Terengganu, To’ Puan Zarani Othman berkata dengan peningkatan majoriti lebih 10, 000 kepada calon PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Alhamdulillah! Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih di atas segala kerja, pengorbanan serta doa kepada seluruh sahabat-sahabat seperjuangan seluruh Malaysia,
” seluruh kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia dan muslimat PAS negeri-negeri seluruh Malaysia,” ujarnya.
Zarani berkata demikian di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Dalam PRK tersebut, Menteri Besar Terengganu mendapat 64,998 undi manakala lawannya dari calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan 27,778 undi dengan majoriti 37,220 undi.
Beliau turut mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala kerja yang terancang dan pengorbanan seluruh petugas-petugas muslimat daripada DUN-DUN Terengganu dan khasnya jentera muslimat Kemaman serta Wanita Serikandi Bersatu Terengganu.
“Semoga semuanya diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh dan dikurniakan Allah sebaik-baik ganjaran. Terus istiqamah dalam perjuangan. Aamiin…,” katanya.