Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Negara telah dikecohkan dengan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap isu rancangan hiburan di television yang disiarkan baru-baru ini. Namun para pimpinan PAS telahpun mewakili rakyat dalam gesaan menangani isu ini.
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Mohamed Sukri Omar menyatakan terima kasih atas tindakan YB Saifuddin Abdullah kerana mendengar desakan rakyat terhadap isu rancangan hiburan television tersebut.Sambung beliau, “terima kasih atas desakan semua. Tiada yang kita inginkan melainkan kebaikan pada ummah seluruhnya”.
Semoga dengan cakna para pemimpin dapat membawa keamanan dan keharmonian di negara kita dan juga semoga dengan melaksanakan perkara di atas, Allah mengangkat wabak penyakit Covid-19 ini daripada negera kita InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor