Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menghargai kerja buat yang telah dilaksanakan selama ini.
Menabur jasa, masa dan tenaga untuk melancarkan pengurusan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor sejak 2013, itulah yang telah dilakukannya. Sabar dengan urusan kerja yang tidak mengira masa serta sentiasa senyum walau dalam apa keadaan, pasti menjadi kerinduan buat semua yang pernah berurusan dengannya.
Katanya, “banyak menimba pengalaman sepanjang bekerja sebagai Setiausaha Kerja (SUK) DMPNS.” Tidak dinafikan, kecekapannya bekerja serta kemahiran dan komunikasinya bertambah dan semakin baik sehingga ke hari ini.
Namun, jodohnya bersama Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor tidak selamanya berpanjangan. DMPNS meraikan si manis yang mesra dengan panggilan Azie dalam Majlis Perpisahan kelmarin.
Berkesempatan hadir bersama adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.
Semoga Pn.Azie lebih cemerlang berkhidmat di tempat yang baru serta istiqamah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#bertemukeranaAllah
#BerpisahkeranaAllah
#khidmatkeranaAllah