Home Berita PAS Selangor

Terima kasih frontliners – Timbalan Ketua Pemuda DPPN Selangor

59
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Puncak Alam | Pengorbanan frontliner negara dalam menjalankan tugas pastinya tidak dapat diukur dengan keringat yang telah dicurahkan. Bahkan kesetiaan mereka menjalankan tugas mendahului kepentingan orang lain berbanding diri sendiri sangat menginspirasikan.

Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Mohamed Sukri Omar ketika menceritakan kesempatan beliau bersama rakan-rakan kepimpinan Pemuda Perikatan Nasional Selangor menghadiri lawatan bersama YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia Dan Sukan) ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Mara ( UiTM Puncak Alam).

Menurut beliau, mereka diberikan taklimat berkaitan perjalanan pemberian vaksin oleh Penyelaras PPV seterusnya bertemu dengan para sukarelawan MyVac. Seramai 3,982 orang sukarelawan MyVac yang bertugas di 262 Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara. Setiap hari lebih 700 orang disuntik vaksin di PPV UiTM Puncak Alam serta dijangka bertambah dari masa ke semasa mengikut jumlah bekalan vaksin.

Beliau turut menzahirkan jutaan terima kasih buat semua frontliners iaitu para doktor, pembantu perubatan dan seluruh petugas serta sukarelawan yang memastikan proses penyuntikan vaksin ini berjalan lancar. “Ayuh mendaftar bagi mengambil vaksin agar segera kita mencapai imuniti kelompok. Supaya segala aktiviti berjalan seperti sediakala”, seru beliau.

“Lindung Diri, Lindung Semua”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor