Home Kenyataan Media PAS Selangor

Terima kasih dan tahniah kerajaan PN atas larangan kilang arak beroperasi – Ketua Pemuda DPPN Selangor

132
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "Terbitan oleh: Nümed DPPNS KENYATAAN MEDIA TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KERAJAAN PN ATAS LARANGAN KILANG ARAK BEROPERASI SEWAKTU PKP & PKPD USTAZ HANAFI ZULKAPLI Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor 01 Jun 2021 20 Syawal 1442H NECARA #MEMIMPIN YGC SPYMEDIA #Youth4Green Dewan Pemuda PAS Selangor Û https://pemudaselangor.pas.org.my"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar AL-Hayawi

Memetik kenyataan media Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hanafi Zulkapli, mengucapkan tahniah kepada kerajaan PN atas keprihatinan kepada kepentingan rakyat.

“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Selangor ingin merakamkan jutaan terima kasih buat pimpinan PAS yang berada didalam kerajaan yang saya cukup yakin para pimpinan lebih berprinsip dan berpendirian berkaitan dengan isu ini” ujar beliau.

“Sebagai sebuah parti yang berada dalam kerajaan hari ini marilah sama-sama merakamkan jutaan terima kasih buat semua pimpinan kita yang berada didalam kerajaan”.

“Begitu juga saya cukup yakin dengan semua kepimpinan rakan-rakan politik dalam kerajaan juga memainkan peranan yang cukup besar dengan keputusan ini” sambung beliau lagi.

“Terima kasih kerajaan Perikatan Nasional atas keputusan dan tindakan yang sentiasa mendengar keluhan dan menjaga sensitiviti rakyat” sambung beliau mengakhiri bicara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor