Home Artikel PAS Perak

Terima Kasih Anggota Kesihatan Negeri Perak Yang Berkhidmad Ke Zon Merah | DPPN Perak

245
SHARE
TERIMA KASIH ANGGOTA KESIHATAN NEGERI PERAK YANG BERKHIDMAT KE ZON MERAH
11 Rabiulawal 1442H | 28 Oktober 2020
Dewan Pemuda Pas Perak berasa bangga dan terharu dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan @Jabatan Kesihatan Negeri Perak atas inisiatif memobilisasi anggota-anggota kesihatan ke negeri Kedah dan negeri Sabah (zon merah).
Pemuda Pas Perak juga turut berbesar hati atas kesudian anggota-anggota kesihatan kerana sanggup dan bersedia berkhidmat walaupun mengetahui risiko yang terpaksa dihadapi bila mana berada di zon merah.
Pemuda Pas Perak mengikuti rapat perkongsian, laporan dan kenyataan yang dikongsikan di facebook page @Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Tiada kata yang mampu diungkap buat pihak pengurusan dan anggota kesihatan melainkan ucapan jutaan Terima Kasih.
Buat seluruh rakyat negeri Perak, marilah sama-sama kita menyatakan rasa bangga dan terima kasih kita kepada mereka dengan memanjatkan doa, moga Allah SWT menganugerahkan kecergasan akal fikiran dan kekuatan jasmani untuk mereka dalam menjalankan amanah sebaik mungkin.
Pemuda Pas Perak bangga dengan anda!
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
“Memimpin Negara”
“Mengurus Kemenangan”
Sekian
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua,
Dewan Pemuda Pas Perak,
Sesi 2019/21