Home Berita PAS Terengganu

Terengganu tingkatkan vaksinasi sebelum nusim tengkujuh

99
SHARE

KUALA TERENGGANU, 13 September – Kerajaan melalui agensi berkaitan sedang giat mempertingkatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi menaikkan kadar suntikan sebelum menghadapi musim tengkujuh di Terengganu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, antara strategi diambil adakah meningkatkan jumlah vaksin bagi bulan September buat negeri ini dan negeri berpotensi dilanda banjir seperti Kelantan, Pahang, Kedah dan Sabah.

“Dengan ada jumlah dos mencukupi, kita ada sasaran jelas untuk dicapai, walaubagaimanapun, sesetengah negeri hampir mencapai pemvaksinan penuh daripada mereka yang berdaftar dibawah aplikasi Mysejahtera.

“Bagi mengatasi cabaran ini, pertemuan bersemuka atau pengumpulan nama oleh Pusat Kesihatan Daerah serta ketua masyarakat adalah penting dalam ‘ramp-up’ vaksinasi.

“Oleh sebab itu, MOSTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan program ‘Outreach’ bagi menyuntik golongan yang tidak mampu ke Pusat Pemberian Vaksin serta tidak berupaya untuk mendaftar melalui Mysejahtera,” katanya ketika ditemubual selepas program vaksinasi ‘Outreach’ di Taman Desa Paloh, pagi semalam.

Tambahnya yang juga Pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Terengganu dijangka mencapai kadar peratusan populasi dewasa lengkap divaksinasi 80% pada minggu akhir bulan September 2021.

“Terengganu juga telah memperluaskan vaksinasi ‘walk-in’ di mana inisiatif tersebut telah dibuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas di PPV tertentu di semua daerah. Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 PPV telah menerima vaksinasi walk-in untuk semua populasi dewasa,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh bermula pada awal November ini hingga Mac tahun hadapan dengan empat hingga enam episod hujan lebat akan berlaku sepanjang tempoh tersebut.