Home Berita PAS Terengganu

Terengganu teruskan bacaan Qunut Nazilah

89
SHARE

KUALA TERENGGANU – Bacaan Qunut Nazilah beserta solat hajat setiap kali solat Jumaat diteruskan seperti biasa di setiap masjid masjid dalam negeri ini.

Peseruruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, M Rozi Bidin berkata, amalan itu telah dimulakan sejak 10 November lalu sebagai tanda solidariti terhadapan rakyat Palestin yang ketika ini masih menghadapi kekejaman rejim Zionis.

“Setakat ini tiada sebarang perubahan melainkan ada arahan baru dikeluarkan mengikut keperluan,” ujarnya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu M Rozi, memohon umat Islam terus memperbanyakkan doa agar rakyat Palestin tidak akan berterusan ditindas dan banyak nyawa akan dapat diselamatkan.