Home Berita PAS Terengganu

Terengganu terima Anugerah Bandar Pelancong Bersih ASEAN

201
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kuala Terengganu merupakan antara 10 bandar di negara ini yang menerima anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih Asean pada Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN bagi tempoh 2022 hingga 2024, semalam.

Sembilan lagi bandar ialah Putrajaya, Kuching Selatan, Kuching Utara, Kuantan, Miri, Sibu, Georgetown, Muar dan Langkawi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata anugerah itu untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri terbabit yang memenuhi standard ASEAN serta layak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

“Menerusi pengekalan standard dalam amalan mempraktikkan Standard Pelancongan ASEAN setiap masa sebagai nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan yang masing-masing telah sedia ada.

“Industri ini pada hari ini menitikberatkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan pelancongan selamat. Justeru, pihak industri perlu mengukuhkan penyamapaian perkhidmatan mengikut situasi semasa yang sesuai dengan gaya hidup masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan melalui video, pada majlis berkenaan yang diadakan di Kuala lumpur, semalam.

Pada majlis itu, seramai 29 pemain industri pelancongan negera menerima sejil anugerah daripada kementerian berkenaan.

Dalam perkembangan yang berbeza , Nancy berkata Malaysia juga akan mengadakan kerjasama dengan ASEAN bagi menganjurkan program pengurusan sisa hotel mampan dalam usaha menggalakkan konsep amalam hijau di kalangan pengusaha hotel.