Home Berita PAS Terengganu

Terengganu Sepatutnya Terima Royalti Seperti Sabah, Sarawak

36
SHARE

MARANG – Terengganu sepatutnya menerima royalti minyak sebagaimana diterima oleh negeri Sabah dan Sarawak berdasarkan perkara yang termaktub di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tidak sewajarnya berlaku dikriminasi terhadap negeri yang diperintah oleh PAS sedangkan Sabah dan Sarawak bebas menikmati hasil kekayaan bagi memajukan negeri.

Ujarnya, dalam perjanjian ketika zaman pemerintahan Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak yang mempunyai semangat kebangsaan tinggi telah melaksanakan amanah mengikut isi kandungan akta itu bahawa negeri pengeluar minyak layak menerima royalti lima peratus.

“Dalam tahun 70-an minyak ditemui di Terengganu, negeri dapat royalti lima peratus anggarannya antara RM400 hingga RM500 juta.

“Tahun 1999 PAS ambil alih Terengganu dan kita telah membuat perjanjian sekiranya menang Pilihan Raya 1999 kita akan hapuskan cukai pintu kediaman, cukai bakul di pasar, cukai nelayan kecil dan kita hapuskan tol di Jambatan (Pualau Duyong) Terengganu.

“Apabila kita menang, pada awalnya dibayar lagi royalti ini sebanyak dua kali setahun dalam bulan Mac dan Ogos, kita terima hasil dalam keadaan kita hapuskan cukai-cukai yang saya sebut tadi, kita kehilangan berjuta-juta tetapi duitnya masih ada (untuk rakyat),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Bersama Murabbi, di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, di sini, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut katanya, tindakan UMNO Terengganu membawa usul memohon agar royalti negeri ini ditarik balik pada tahun 2000 amat dikesal, sedangkan Perdana Menteri, Tun Mahathir pada ketika itu mengakui bahawa royalti itu adalah hak Terengganu.

“Dalam perhimpunan agung, UMNO Terengganu bawa usul supaya hapuskan royalti minyak negeri Terengganu padahal benda macam ini bukan hak UMNO sepatutnya di bawa ke parlimenlah.

“Kerana desakan UMNO Terengganu, Tun mahathir kata beria sangat hendak jadi hapuslah royalti

“Lepas itu ketika kita (PAS) jatuh UMNO naik balik, mengigau hendak ambil balik royalti, tetapi Tun Mahathir tidak beri (pada waktu itu), ” ujarnya.