Home Berita PAS Terengganu

Terengganu Pohon Peruntukan Bantuan Khas Banjir

75
SHARE

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan memohon daripada Kementerian Kewangan (MOF) bantuan khas banjir untuk disalurkan kepada semua mangsa yang terjejas.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, YB Hj Hanafiah Mat berkata, permohonan itu akan dibuat bagi memastikan bantuan dapat diberikan secepat mungkin.

“Semua mangsa banjir yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 setiap keluarga.

“Yang dapat hanya bantuan yang menerima arahan pindah oleh Polis dan daftar di PPS,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar negeri itu.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi ketika turun ke Terengganu mengadakan lawatan ke Pusat Perpidahan Sementara di Hulu Terengganu, pada semalam.

Menurut Hanafiah, Kerajaan Negeri tidak menerima pembayaran royalti petroleum, jadi perlu memohon bantuan khas daripada kerajaan pusat Persekutuan.

“Isu ini kami akan bincang dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diperhalusi sebelum permohonan rasmi dibuat,” jelasnya.