Home Berita PAS Terengganu

Terengganu mahu luaskan penjanaan hasil minyak

33
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan Terengganu berhasrat untuk meluaskan penjanaan hasil berkaitan minyak dan gas demi kesejahteraan rakyat di negeri terbabit.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah berkenaan bakal diambil bagi menambah hasil dan pendapatan negeri.

Katanya, ia juga bagi mengelakkan Terengganu hanya bergantung kepada wang royalti semata-mata.

“Selain kebergantungan negeri ini kepada royalti minyak, kita juga ingin meluaskan lagi penjanaan hasil berkaitan industri minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat bersama ahli Majlis Petroleum Terengganu (TPC) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Ahmad Samsuri, mesyuarat berkenaan turut membincangkan pelbagai perkara bagi mencari formula terbaik demi menjayakan misi itu.