Home Berita PAS Terengganu

Terengganu Lawat The Wetstar Group Teroka Kerjasama Strategik

5
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kunjungan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke The Wetstar Grup bukan hanya sekadar pertemuan rasmi sebaliknya ia menjadi platform bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama strategik antara negeri dan industri.

Menurut Ahmad Samsuri, pertemuan berlangsung dalam suasana penuh positif dalam suasana santai, perbincangan berlangsung dengan penuh nilai hormat dan keterbukaan.

“The Wetstar Group yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim telah membuktikan keupayaan syarikat tempatan untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di media sosialnya, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri sentiasa bersedia dan terbuka dalam menjalin hubungan dengan pelbagai pihak demi kepentingan serta pembangunan negeri Terengganu.

“Demi masa depan Terengganu yang lebih berdaya maju, kami sedia mendengar, berfikir dan membina jalinan,” ujar beliau.