Home Berita PAS Terengganu

Terengganu laksana Hudud apabila RUU355 lulus

102
SHARE

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Trengganu akan menjadi negeri terawal melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sekiranya kerajaan persekutuan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Timbalan Pesuruhjaya PAS YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, semua kemudahan asas dan sumber manusia bagi membolehkan syariat Islam itu dikuatkuasakan telah pun dilengkapkan.

“kita mempersiapkan sebaik mungkin infrastruktur yang perlu ada, kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk hakim-hakim memulakan khidmat mahkamah tinggi syariah di Kemaman dan Besut,

“meningkat persediaan kemampuan kepada penguatkuasa dengan pelantikan penguatkuasa kontrak dan sukarela dan menubuhkan Jabatan Pendakwaan tersendiri,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pelaksanaan Syariah Negeri berkata demikan ketika mengulas isu-isu Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir Rabu lalu, dalam program Penerangan yang disiar secara langsung melalui HarapTV pada Sabtu 18 September.

Menurut beliau, semua kerangka undang-undang syariah tersebut, sudah sedia ada yang enakmennya telah diluluskan oleh DUN pada tahun 2002 dan telah diperkenankan Sultan serta telah diwartakan.

“Sebahagian telah dapat dilaksanakan termasuk hukum Takzir dan lain-lain dan yang melibatkan hukum Hudud ini, kita menanti ‘signal’ iaitu kelulusan RUU355,

“pakat doa belaka, mana yang mampu dan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, in shaa Allah kita jalan seperti biasa, apa yang tak mampu dan ‘terlekat’ lagi, kita tunggu,” ujarnya.

Katanya pihak kerajaan telah pun melaksanakan penerangan dan kempen ‘Hidup Bersyariah’ dan tindakan penguatkuasaan secara berperingkat akan dibuat mulai tahun hadapan.

“khususnya yang melibatkan ‘aurat’ dan sebagainya supaya rakyat dapat ambil cakna dan dapat mengamalkan syariah dalam kehidupan peribadi dan keluarga masing-masing

” in shaa Allah satu hari nanti akan tertegak syariah dalam kehidupan negara kita, ” tegasnya