Home Berita PAS Terengganu

Terengganu jalin hubungan dengan Indonesia

114
SHARE

SUMATERA BARAT – Kerajaan negeri telah mengadakan hubungan kerjasama dengan kerajaan Indonesia bagi membantu mempekasakan usaha-usahawan kecil di Terengganu melalui langkah strategik dalam dunia perdagangan.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, kunjungan hormat kepada Gubernur Sumatera Barat, Mahyledi Ansharullah baru-baru ini amat bermakna sebagai langkah permulaan yang baik.

“kunjungan ini adalah peluang keemasan untuk menjelajahi potensi kerjasama yang dapat dijalin keranaTerengganu dan Sumatera Barat memiliki banyak persamaan.

“Terutama membabitkan produk tempatan yang kaya akan nilai budaya. Melalui inisiatif ini kita dapat meningkatkan skala usaha kecil kita dan membuka lebih banyak peluang yang besar di pasaran komersial dan antarabangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman, sewaktu berkunjung di Rumas Dinas Gubernur Sumatera Barat Berkenaan yang juga merupakan Kepala Dinas Pariwisata serta Kepada Dinas Perindustrian dan Perdagangan dan juga Kepala Dinas Koperasi.

Sementara itu Gubernur Mahyeldi dalam kunjungan itu telah menekankan pentingnya kerjasama antara wilayah dalam menghadapi cabaran global pada ketikan ini.

“Kami menyambut baik inisiatif dari Terengganu dan siap untuk bekerjasama dalam bidang perdagangan. Ini adalah langkah awal yang baik untuk memperkuat hubungan antara kedua belah pihak,” ujar Mahyeldi.

Untuk rekod Sepanjang kunjungan tersebut, kedua belah pihak saling bertukar fikiran dan pengalaman dalam berbagai potensi kerjasama usahawan, termasuk pertukaran produk kraftangan, pembangunan usaha bersama, serta program pertukaran pengetahuan dan keahlian di antara pengusaha kecil dan industri besar dari kedua wilayah.

kedua-dua belah pihak mengharapkan perbincangan berkenaan akan membuka peluang baru bagi usahawan-usahawan kecil untuk memperluas jaringan dan meningkatkan kapasiti produksi mereka.

 

Antara sebahagian daripada agenda kunjungan, YB Ustaz Ariffin juga mengunjungi beberapa lokasi usaha lokal di Sumatera Barat untuk melihat langsung praktik terbaik yang dapat diadopsi oleh usahawan Terengganu. Ini termasuk kunjungan ke pusat-pusat produksi kopi dan tenun, yang merupakan produk eksport asli Sumatera Barat.

 

Kunjungan hormat YB Ustaz Ariffin Deraman ke Sumatera Barat ini menandai awal yang baru dalam hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam memperkuat kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk kesejahteraan rakyat di kedua wilayah.