KUALA TERENGGANU – Program Hijab Day 2022 bakal berlangsung secara bersemuka pada bulan in akan menampilkan dengan gaya busana batik menutup aurat khusus untuk anak muda wanita di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, ia membawa konsep batik dalam tema fesyen sebagai pakaian mereka.
“Kita ketengahkan batik masa budaya batik Terengganu dikalangan wanita khususnya beliawanis sebab ia ada keunikan kain tersebut yang jarang diketahui umum.
“Batik dari negeri mana, batik jenis apa jenis canting atau terap ke dan elemen-elemen itulah saya akan tekankan pada “Terengganu Hijab Day”,” jelasnya ketika ditemui pihak media selepas mesyuarat di Pejabat Urus Setia Wanita Terengganu (USWa), hari ini.
Menurutnya, terdapat juga pertunjukan fesyen menampilkan pelbagai butik tempatan pada hari tersebut termasuk ‘Fashion Show’ yang bertemakan batik dan pelbagai gerai jualan.
“Kita berhasrat untuk nak bawa produk batik pada program Saidatina Aisyah nanti. Saya akan buat satu program khas untuk kita nak macam mana anak muda kerana pada hari ini nak pakai kain sarung pun bermasalah.
“Macam mana kita nak dianovasi letak getah ke. Buat tapario tertarik dengan batik,” jelasnya.
Sementara itu, beliau menyeru seluruh masyarakat Terengganu agar sama-sama menghadirkan diri pada kemuncak program, 12 Februari 2022 di Perpustakaan Negeri Terengganu.
“Sepanjang Februari, kita ada gelombang “Street Dakwah dan Gelombang untuk kita nak menyatakan tema dan hasrat kita iaitu sempurnakan hijabmu.
“Ayuh sama-sama kita boleh follow kami di page Terengganu Hijab Day, Facebook dan Instagram serta doakan agar insya Allah pakat doa program berjalan dengan lancar,” ujar Zuraida.
Sehingga kini, penyertaan untuk tiga acara pertandingan masih terbuka dan akan ditutup pada hari ini.