Home Berita PAS Terengganu

Terengganu hantar sukarelawan bantu mangsa banjir di Kedah

21
SHARE

KUALA TERENGGANU – Terengganu sedang dan akan menghantar sukarelawan dan pelbagai badan bukan kerajaan negeri (NGO) bagi membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tindakan selanjutnya bagi meringankan beban rakyat negeri kedah yang terlibat musibah itu akan diperhalusi.

“Kita tengoklah selepas ini apa tindakan selanjutnya berdasarkan keperluan yang sewajarnya sama ada dari segi kewangan dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menghadiri Program Townhall Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA), di Duyong Marina Resort , di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samsuri berkata, persiapan menghadapi bencana banjir di Terengganu sedang berjalan sebagaimana perancangan.

“Perbincangan dengan pihak NADMA dan lain-lain entiti yang mengurus selia banjir di Terengganu sedang berjalan.

“Alhamdulillah berdasarkan pengalaman sebelum ini, persediaan yang kita lakukan adalah dalam keadaan terurus dengan baik,” ujarnya.