Home Berita PAS Terengganu

Terengganu berdepan cuaca panas hingga Mei

15
SHARE

KUALA TERENGGANU – Negeri ini dijangka mengalami cuaca panas dan kering berteruskan sehingga mencapai kemuncaknya pada bulan Mei depan.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Terengganu, Rosli Zakaria berkata, sehingga kini, suhu tertinggi yang direkodkan oleh Stesen Cerapan Automatik adalah 35.5 darjah Celsius di Felda Tenang, Besut, dan 34.6 darjah Celsius di Ketengah Bukit Besi, Dungun, pada 6 Mac yang lepas.

Katanya, ia bukan rekod tertinggi dalam sejarah, namun jika dibandingkan purata suhu bulanan, rekod itu lebih tinggi yang pernah dicatatkan.

“Mengikut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), kesan El Nino ini boleh berterusan sehingga Mei dan ia mempengaruhi corak cuaca termasuk di Terengganu,” katanya lapor portal berita harian pada hari ini.

Tambah Rosli, bagi untuk mengelak terdedah risiko mengalami kelesuan haba dan strok haba, pihaknya menyarankan supaya kurangkan aktiviti yang terdedah terus kepada sinaran matahari.

Jelasnya, terutama pada suhu tinggi iaitu pada waktu tengah hari dan awal petang.

“Kalau boleh aktiviti-aktiviti itu buat dalam kawasan tertutup selain, mengingatkan orang ramai tidak meninggalkan anak atau barang yang berisiko meletup termasuk telefon di dalam kenderaan bagi mengelak keadaan tidak diingini.

“Kalau boleh, sebarang aktiviti hendaklah dijalankan di kawasan tertutup,” ujarnya.

Selain itu katanya, orang ramai perlu diingatkan supaya tidak meninggalkan kanak-kanak atau barangan yang berisiko meletup termasuk telefon, di dalam kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.