KUALA TERENGGANU – Sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri, IMTIAZ International School bakal ditubuhkan pada tahun 2026 di Pantai Barat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato’ Satiful Bahari Mamat berkata bangunan kolej yang dibina khas itu dicadangkan untuk didirikan di lokasi yang strategik di tengah-tengah kawasan sibuk Petaling Jaya, Selangor.
“Ia adalah hasrat kerajaan negeri, justeru itu satu lawatan tapak cadangan untuk penubuhan Sekolah Imtiaz International School di Seksyen 19, Petaling Jaya diadakan untuk melihat kesesuaian untuk dibangunkan sekolah tersebut.
“Bangunan tersebut telah direka bentuk dan dilengkapi mengikut keperluan universiti,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam.
Menurut beliau, bangunan tersebut sepatutnya diduduki oleh Asia Metropolitan University, namun selepas isu covid dan disebabkan perubahan dalam rancangan perniagaan mereka, bangunan ini terbiar begituvshj.
Tambahnya lagi, bangunan tersebut belum pernah diduduki sejak ia diubah suai dan semua perabot, kelengkapan serta kerja-kerja ubah suai adalah serba baharu.