Home Berita PAS Terengganu

Terengganu alukan kedatangan Ulama, Cendekiawan ke Darul Iman

157
SHARE

KUALA TERENGGANU, 1 Jun – Kerajaan negeri mengalukan kedatangan alim ulama, ilmuwan dan cendekiawan ke bumi Terengganu bersempena program Terengganu International Summit (TIS) 2023.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis yang berlangsung di Taman Tamadun Islam (TTI) itu mampu mencapai objektif dengan tema ‘Kesyumulan Islam Dalam Mendepani Cabaran Global’.

“Bagi pihak kerajaan negeri saya ingin mengalu-alukan kehadiran para pembentang, alim ulama, ilmuwan, cendekiawan dan semua peserta yang diadakan pada hari,” katanya ketika berucap merasmikan program terbabit di Dewan Konvensyen, TTI hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Bersama TIS 2023, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika ucapan aluan berkata, persidangan itu diadakan bagi menyediakan platform kepada para sarjana, pakar dan pembuat dasar bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan peranan islam dalam masyarakat majmuk, politik dan kesatuan ummah.

“Dalam era globalisasi hari ini, terdapat banyak pengaruh dan fahaman yang walaupun dibalut cantik dengan nama dan istilah islamik, tetapi amalanya jauh dan asing dari ajaran islam.

“Pengaruh dan fahaman ini jika tidak ditangani dengan baik, impaknya mampu mengubah struktur kehidupan umat islam, baik secara peribadi mahupun dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara,” katanya.

Tambah Dr Muhammad Khalil, antara cabaran global yang dihadapi kini adalah dalam bentuk pemikiran termasuklah islamophobia, islam leberal dan pertelagahan sesama umat.