Home Berita PAS Terengganu

Terengganu ajak rakyat hayati peristiwa penting Nuzul Al-Quran

6
SHARE

KUALA TERENGGANU- Kerajaan Terengganu mengajak rakyatnya untuk sama-sama menghayati peristiwa penting Nuzul Al-Quran serta Badar Al-Kubra yang penuh bersejarah.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bersempena dengan peristiwa agung itu maka diadakan Majlis Perasmian Nuzul al-Quran Peringkat negeri di Madinah Ramadan, semalam.

Ujarnya, tema Madinah Ramadan pada tahun ini amat bertepatan dengan kedua peristiwa besar tersebut iaitu ‘Ramadan Bulan Kemenangan’.

“Maka hari ini teramat patut untuk setiap umat Islam mengingati peristiwa ini terutama apabila kita melihat apa yang berlaku terhadap masyarakat Islam di serata dunia.

“Khususnya apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestin, mereka diuji dengan kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis yahudi yang dilaknat oleh Allah SWT,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menyempurnakan Majlis Perasmian Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ Nara Setia

Dalam pada itu, Muhammad Khalil turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri yang sebelumnya telah menyampaikan ceramah perdana bersempena sambutan Nuzul Al-Quran itu.

“Akhirnya, saya mendoakan agar seluruh rakyat Terengganu dikuniakan rahmat pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini,” ucap beliau.