Oleh : Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Secara ringkasnya, nama anda sebagai pemilih hanya akan didaftarkan selepas suku ketiga. (Julai – September) iaitu pada bulan November selepas diwartakan.
Untuk pengetahuan semua, urusan pendaftaran pemilih baru bermula apabila seseorang warganegara yang layak di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan membuat permohonan kepada SPR dengan mengisi Borang A.
Selepas Borang A melalui proses pendataan, SPR akan menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) mengikut empat (4) suku tahun.
RDPT itu seterusnya akan dipamerkan untuk tujuan tuntutan dan bantahan. Apabila urusan tuntutan dan bantahan selesai, Pendaftar di setiap negeri membuat pemerakuan DPT kepada Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat SPR yang kemudiannya akan mengemukakannya kepada SPR untuk disahkan dan diwartakan.
Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih ini akan mengambil masa lebih kurang empat (4) bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.
Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#aprsharing
#myaprteam
#aprfrontliners
#demokrasi