Home Berita PAS Terengganu

Teknologi dan PdPR atasi cabaran belajar waktu pandemik

380
SHARE

Oleh : Nor Amira Amijudin

BESUT, 20 Jun – Belajar menggunakan teknologi dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukanlah menjadi halangan yang besar kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) zaman kini, malah ia satu cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka di waktu pandemik ini.

Abrisam Hafiz Azhar, 18, dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut berkata, pelajar dan ibu bapa terutamanya mestilah melihat daripada sudut yang positif kaedah PdPR yang sedang berjalan.

Dalam suasana pandemik ini, Abrisam mengingatkan supaya jangan cepat mengeluh kerana kejayaan sebenar baginya adalah apabila mereka sentiasa memanfaatkan masa dan tidak mengeluh dengan apa jua keadaan.

“Semoga dengan kejayaan ini dapat memberi semangat dan motivasi pelajar-pelajar lain insya-Allah,” katanya ketika ditemu bual pemberita.

Sementara itu, Ahmad Farhan Abdullah, 18, juga dari SM Imtiaz Besut berkata, pelajar harus memanfaatkan sebaiknya bantuan kerajaan negeri dan teknologi sedia ada.

“Anggaplah teknologi yang ada sekarang ni adalah satu rahmat dari Allah SWT. Maka gunakanlah sebaiknya,” katanya.

Ditanya tentang rahsia kejayaannya, Farhan memberitahu, mereka perlu sentiasa mencari sumber motivasi untuk berjaya.

“Bila bosan belajar di rumah, carilah sumber motivasi. Saya selalu bersembang dengan mak saya, sambil minta motivasi dan doa daripadanya,” ujarnya.

Kedua-dua mereka merupakan pelajar SPM 2020 yang telah diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM di peringkat kebangsaan.

Terdahulu, negeri Terengganu berjaya mencatatkan rekod baharu negeri melalui Prestasi Gred Purata Negeri (GPN) dan Pencapaian Lulus Semua Mata Pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan, baru-baru ini.

Terengganu kekal mengungguli carta negeri terbaik SPM 2020 dengan pencapaian gred purata 4.55, mencatatkan peningkatan prestasi gred sebanyak 0.14, sekali gus merupakan rekod baharu mage widgemage widget