Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Teknik Baru Guna Drone Kempen Parti

7838
SHARE

Teknik Baru Guna Drone Kempen Parti

Oleh: Muhamad Azri

Kesungguhan anak muda berkempen mengibarkan bendera PAS menggunakan drone mendapat perhatian netizen.

Usaha tersebut mula tular apbila satu video pemilik individu dimuat naik di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Menariknya, mereka rela berkongsi wang untuk membeli teknologi drone sebagai alat untuk menaikkan bendera pada kedudukan yang berskala tinggi.

Keunikan dan kesungguhan penyokong PAS itu turut mendapat perhatian TYDP Titiwangsa merangkap Pengarah JPRK Titiwangsa, Tuan Haji Yaakob Omar.

Beliau menzahirkan kebanggaan dengan semangat pemuda berkempen untuk PAS.

Dalam masa masa, beliau juga sempat berseloroh bahawa kibaran drone tersebut turut mendapat perhatian pihak BN.

“BN terpinga-pinga melihat kami,” katanya.

Bagi PRU-14 kali ini, Pas Wilayah Persekutuan telah menampilkan 9 orang calon bertanding.

Keputusan PAS telah memilih Pesuruhjaya PAS Wilayah, Tuan Haji Mohammad Noor Mohammad sebagai calon di parlimen Titiwangsa.

 

Anak muda guna teknologi Drone bantu PAS pasang bendera… Jom Pemuda Islam, 5 tahun sekali korbankan masa dan tenaga utk Islam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1949225565118539&id=100000933441530