Home Berita PAS Pahang

Tekanan air rendah jejas rutin harian penduduk

62
SHARE

Oleh : WAN MUHAMAD AZMI MAMAT

KUANTAN, 5 Mac – “Masalah tekanan air rendah telah berlarutan sekian lama di Kuantan, rutin harian penduduk terjejas, terpaksa mengeluarkan kos untuk membeli air minuman untuk keperluan ahli keluarga.

“Mereka terpaksa membasuh pakaian pada tengah malam atau awal pagi kerana hanya pada waktu itu mesin basuh dapat berfungsi dengan lancar,” kata Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor ketika membentangkan usul di kamar khas Parlimen semalam.

Ujar beliau, penduduk terpaksa mengeluarkan kos bagi membeli tangki dan memasang pam bagi mendapatkan bekalan air yang mencukupi.

Selain itu katanya, masalah paip bocor yang sering berlaku akibat daripada paip lama dan usang adalah salah satu dari punca berlakunya perkara tersebut.

Beliau pernah membangkitkan permasalahan tersebut pada sidang parlimen bulan September 2023 dan semasa perbahasan bajet 2024 namun tidak mendapat jawapan lanjut daripada pihak kementerian berkaitan.

Beliau menggesa agar pihak kerajaan dapat mengambil tindakan jangka pendek dan merangka penyelesaian secara menyeluruh terhadap perkara tersebut.

Usul tersebut telah jawab oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir  untuk memberi komitmen dan membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Pahang.