Home Artikel PAS Perlis

TEGAS 1.0 Perkemas Saf Muslimat PAS Perlis

92 views
SHARE

Oleh : Nur ‘Iffah

KANGAR: Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis telah menganjurkan program Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (TEGAS 1.0) pada hari Sabtu, 19 Januari yang lalu, bertempat di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS).

Program TEGAS 1.0 ini bertujuan untuk menyampaikan matlamat dan halatuju Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kepada penggerak muslimat di seluruh peringkat agar Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) dapat bergerak seiring berpandukan kepada garis panduan yang telah disediakan.

Penganjuran program ini juga selaras dengan hasrat DMPM untuk membina kembali momentum persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 nanti.

Angka kehadiran di luar jangkaan menyebabkan dewan utama sesak dengan para peserta yang sebahagiannya tiba seawal jam 8.00 pagi.

Program bermula dengan ucapan aluan oleh Ketua Muslimat DMPNPs, Puan Latifah Binti Mat disusuli dengan majlis perasmian yang disempurnakan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

Para peserta kemudian telah mengikuti pembentangan Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia yang disampaikan oleh Ketua Penerangan DMPM, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Dalam ucapannya, beliau turut menyeru agar seluruh penggerak muslimat supaya menanamkan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberi selain memperkemas jentera muslimat di seluruh peringkat ke arah bergerak kerja memacu kemenangan.

Rata-rata peserta yang ditemui menyifatkan penganjuran TEGAS 1.0 membolehkan mereka mendapat penjelasan secara tepat dan jelas berhubung intipati Ucaptama Ketua Muslimat PAS Malaysia yang telah dibentangkan dalam muktamar yang lalu.