Home Berita PAS Terengganu

TDM Santuni 200 Asnaf Kuala Besut

8
SHARE

BESUT – TDM Berhad (TDM atau Kumpulan) telah menyantuni seramai 200 asnaf komuniti Kuala Besut dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin, berkata program itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat dalam memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi yang mampan.

“Manifestasi hasrat kami untuk bersama-sama membangunkan komuniti, khususnya di Kuala Besut, ke arah masa depan yang lebih gemilang.

“Kami percaya bahawa kejayaan sesebuah syarikat bukan hanya diukur melalui keuntungan kewangan semata-mata, tetapi juga melalui sumbangan dan impak positif yang dapat kami kongsi kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program tersebut adakah hasil kerjasama antara TDM dengan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, yang dirasmikan ADUNnya Azbi Salleh.

Tambahnya, TDM sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif CSR yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat melalui Program TDM Bersama Masyarakat Kuala Besut.

Dalam jangka masa panjang, TDM jugak  berhasrat untuk perluaskan inisiatif seumpamanya ke kawasan-kawasan lain di Terengganu bagi memastikan lebih ramai golongan mendapat manfaat daripada program CSR syarikat.

Menurutnya, kejayaan program itu mencerminkan komitmen TDM dalam menyokong kesejahteraan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan mampan yang lebih inklusif dan berdaya tahan.