Home Berita PAS Pulau Pinang

Tazkirah Hari Ini (02 Syaaban 1439H)

930
SHARE

Oleh : Zain Azraai

Rasulullah SAW sendiri telah menggesa umatnya supaya berakhlak mulia dengan segera bersedekah.Pada suatu hari,Rasulullah SAW telah ditanya tentang bagaimana sedekah yang mendatangkan pahala yang besar.Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud :

“Hendaklah bersedekah dalam keadaan anda sihat,berkeinginan dengan dunia,takut miskin,dan bercita-cita menjadi orang kaya.

Jangan tangguhkan sedekah sampai roh berada di halkum,kemudian kamu mengatakan: ‘Untuk si fulan sekian,si fulan sekian,’ padahal sudah menjadi milik orang lain (melalui warisan).” (Hadis Riwayat Bukhari)

(Dr Mohd Sukki Othman – Analog Nabawi dalam Kehidupan Insani)