Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 17 | Maqasid Islam/Maqasid Syariah

582
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 17

Maqasid Islam/Maqasid Syariah

Maksudnya:
“Sesungguhnya matlamat Islam adalah untuk mencapai maslahah kepada para hamba dan menolak kerosakan, mudharat daripada manusia di dunia dan di akhirat.”

Berkata Imam Al-Izz Bin Abdus Salam:
“Sesungguhnya syariat semuanya mendatangkan maslahah, sama ada untuk mencegah kerosakan atau pun mendapatkan kebaikan.”

Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang supaya beramal dengan Islam semaksimun mungkin.

Para pejuang khususnya ditarbiyah jiwa mereka di bulan Ramadhan agar bertambah yakin dengan syariat Islam kerana semua syariat Islam sama ada pada suruhan dan larangan adalah kebaikan untuk dunia dan akhirat sekalipun zahirnya dalam kepenatan, dahaga dan sebagainya.

Maka para pejuang hendaklah berjuang bersungguh-sungguh untuk menegakkan Islam kerana seluruh Islam adalah maslahah kepada ummah.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor