Tausiyah Ramadhan DUPNS 16
Islam Mengajar Hidup Bersistem
Maka sesungguhnya di antara nilai-nilai yang terserlah, diterapkan oleh bulan Ramadhan kepada kita ialah nilai suatu sistem/berperaturan.
Maka bersistematik merupakan fitrah dalam alam ini. Dan ianya merupakan suatu keperluan dalam melalui kehidupan.
Maksudnya:
Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil berat tentang sistem/peraturan dalam hidup Baginda SAW samada dalam keadaan selamat atau semasa perang.
Ramadhan melatih para hamba dan para pejuang melalui kehidupan beribadah secara bersistem atau mengikut suatu peraturan yang telah ditetapkan.
Begitu juga sifat dalam setiap perkara yang berkait dengan Islam ianya mesti digerakkan secara bersistem, berperaturan dan berperancangan yang rapi.
Benarlah kata Saidina Ali RA:
Maksudnya:
“Kebenaran tanpa sistem/perancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang bersistem/berperancangan.”
Islam merupakan sistem terbaik dan terlengkap lagi sempurna dalam menggerakkan seluruh kehidupan umat manusia.
Sejahtera Bersama Islam
Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor