Tausiyah Ramadhan DUPNS 10
Islam: Menegakkan Islam Adalah Ibadah
Maksudnya:
“Ibadah terbina atas ma’rifah Allah, cinta yang sebenar kepada Allah beserta rasa kehinaan yang sempurna kepadaNya.
Tanda-tanda perkara tersebut ialah seorang hamba memberi tumpuan penuh kepada Allah Ta’ala dengan bertawakkal kepada Allah, thiqah denganNya, takut kepadaNya, kembali kepadaNya, meminta dariNya, rasa tenang dengan mengingatiNya, lari mendekatiNya semua itu dengan cara mengaktifkan segala anggota dengan melaksanakan syariatNya dan menegakkan agamaNya.”
Ramadhan mentarbiyah para hamba dan para pejuang berada dalam kemuncak ibadah kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Ramadhan mendidik para hamba dan para pejuang mengenal Allah, mencintai Allah, berserah kepada Allah, meletak kepercayaan sepenuhnya kepada Allah, bertawakkal kepada Allah, merasa tenang berzikir kepada Allah dan lain-lain.
Ramadhan juga mengaktifkan seluruh anggota para hamba dan para amilin untuk melakukkan kerja-kerja kearah melaksanakan dan menegakkan Islam dan syariatnya.
Sejahtera Bersama Islam
Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor