Home Artikel PAS Perak

Taujihat Pimpinan Menyuntik Semangat Jentera DUN Hulu Kinta

87 views
SHARE

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, PAS DUN Hulu Kinta mengadakan Iftar Pemuda bagi meraikan jentera pemudanya.

Program bermula dengan ucapan Ketua Pemuda Pas Kawasan Tambun Ust Hafiz Sabri yang menekankan tentang pentingnya pemuda sebagai penggerak utama pas dalam menentukan masa depan negara.

Pemuda adalah tonggak utama sesebuah negara maka pemuda PAS khususnya perlu memantapkan diri dengan tarbiah yg mencukupi.

Kita perlu turun bersama dengan belia di luar sana serta mengajak mereka untuk bersama perjuangan kita.

Beliau juga berpesan agar jangan terikut rentak musuh dan jangan mudah termakan dengan fitnah yang semakin hari semakin mencabar di tambah lagi dengan suasana sekarang dimana maklumat yang belum tentu kesahihannya di sebar merata-merata.

Sebagai seorang yang memperjuangkan islam dan bercita-cita untuk memartabatkan islam wajib utk menapis maklumat2 tersebut.

Para pemuda perlu persiapkan diri dengan ilmu,aqidah dan akhlak yang mantap agar memenuhi ciri-ciri sebagai pejuang islam dan mereka perlu pantas dalam menghadam isu-isu semasa serta bertindak mengikut saluran lebih-lebih lagi apabila membabitkan kebajikan masyarakat sebagaimana baru-baru ini beberapa NGO yang bersama masyarakat setempat turun membantah sebuah kedai yang menjual arak di kawasan yang hampir keseluruhannya beragama islam.

Pihak berkenaan perlu hormati sensetiviti umat islam dalam negara ini.Ingatlah,peranan pemuda hari ini adalah penentu bagaimana keadaan negara masa akan datang.

Turut hadir juga didalam majlis ini Al Fadhil Ust Salleh Said YDP PAS Kawasan Tambun merangkap Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak.

Selaku pimpinan utama PAS di kawasan Tambun, beliau menasihatkan
para pemuda untuk terus istiqomah kerana mehnah dalam perjuangan islam pasti berhadapan dengan onak dan duri yang penuh cabaran.

Tidak ada istilah mudah jika kita di landasan ini. Menang atau kalah bukanlah alasan untuk kita tidak berjuang.

Jika kemenangan yang menjadi keutamaan sudah pasti pimpinan PAS akan terus di dalam pakatan rakyat suatu ketika dulu, tetapi perjuangan kita bermatlamatkan keredhaan Allah.

Di sebabkan agenda islam tidak dapat di jalankn maka kita memutuskan untuk tidak lagi meneruskan tahalluf siyasi bersama mereka yang menang di hari ini.

Walaupun di keji dengan pelbagai cacian dan fitnah,PAS terus melangkah penuh yakin Allah pasti memberi kemenangan apabila tiba masanya.

Kita perlu mengatur strategi yang lebih hebat dan kuatkan lagi bekerja untuk islam. Allah sahaja yang akan memberi ganjaran untuk kalian.

Beliau turut menyatakan bahawa Pemuda yang hebat di hari inilah yang bakal mengisi kemenangan PAS di masa hadapan.

Beliau turut memberikan
ulasan mengenai soal jawab yang di siarkan bersama Tn Guru Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa ditemuramah secara live di Astro Awani petang semalam.