Home Artikel PAS Sabah

Taujihat Ketua DMPM kepada amilin PAS Putatan

308
SHARE

Oleh: Al Mujida Ali Musa
1 September 2020

PUTATAN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Putatan telah mengadakan liqa istimewa bersama YB Senator Ustazah Nuridah Binti Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan turut dihadiri oleh Ustazah Salamiah Mohd Noor, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Majlis ringkas itu diadakan di Markas PAS DUN Tanjung Keramat dan dihadiri oleh 30 ahli serta pimpinan Dewan Muslimat PAS Putatan.

Liqa istimewa kali ini dimulakan dengan taujihat daripada Ustazah Nuridah yang menceritakan tentang kesibukan dunia sekali gus diterangkan dengan Surah al-Takasur. Beliau mengatakan bahawa kesibukan dunia (perkara-perkara lagha) ini melekakan kita sehinggalah kita bertemu dengan kematian.

Justeru katanya, pada ayat kelima dalam Surah al-Takasur, Allah SWT berfirman, “Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati).”

Beliau mengakhiri taujihat dengan pesanan supaya berhati-hati dalam kesibukan, apatah lagi kepada insan yang sedang menegakkan syiar islam.

Pada masa yang sama, Ustazah Salamiah turut memberikan pengisian. Menurut beliau, Allah SWT ini tidak menciptakan manusia secara sia-sia.

Beliau menyeru supaya hadirin bersama-sama terus memperbaiki diri agar menjadi amilin kepada jemaah PAS, berusaha dalam mentaati perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya.

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Ustazah Normi Yusoff, Ketua Muslimat PAS Kawasan Putatan dan penyampaian cenderahati.