Home Artikel PAS Kedah

Taujihad Pesuruhjaya: Islam Penunjuk Arah

160 views
SHARE

Taujihad Pesuruhjaya

ISLAM PENUNJUK ARAH

1. Penunjuk arah yang paling dipercayai ialah Islam. Islam dapat membawa manusia ke arah kebenaran dan memimpin muslimin ke haluan kebahagiaan. Tindakan memilih jalan benar melambangkan kualiti kecerdikan seseorang. Maka, lslam adalah pilihan tepat.

2. Islam telah meletakkan asas kukuh kaedah pengukuran tahap keutamaan atau istilah yang dipanggil fiqh awlawiyat dan kaedah penentuan perimbangan iaitu fiqh muwazanat. Kedua-dùa jenis fekah berkenaan memerlukan daya ketajaman fikiran memilih dan membuat keputusan oleh mana-mana kepimpinan. Dalam hal ini, PAS mengaplikasi fiqh awlawiyat dan fiqh muwazanat dalam menentukan keputusan apabila berlaku pertembungan dalam menentukan konsensus parti.

3. Sejarah panjang perjalanan PAS memperlihatkan kematangannya menentukan hala tuju dan keputusan politik yang diambil menepati realiti serta suasana semasa. Sebagai contoh, PAS tidak sanggup mengorbankan prinsip perjuangan Islam untuk mencapai mandat rakyat menerusi janji kosong ataupun mengejar impian ke Putrajaya dengan mengenepikan Islam, tetapi PAS berpendirian tegas memartabatkan Islam walaupun logik akal tidak memihak kepada PAS seperti keputusan memilih parti-parti politik tertentu sebagai rakan koalisi menjelang pilihanraya lalu.

4. Islam mengajar ummahnya istiqamah. Istiqamah dalam erti kata tekal beramal dengan Islam sepanjang masa tanpa sebarang keraguan dan rasa was-was. Apabila berijtihad dengan seluruh keazaman, akhirnya bertawakallah kepada Allah swt. Jadilah amilin PAS yang istiqamah, dan jadikan Islam penunjuk arah.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi
10.1.2019